Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 31hb Ogos...
Aerosmith - Permanent Vacation (1987)
Album ni mengimbau kenangan ketika di ITM Segamat sekitar tahun1990. Seorang rakan (sekarang seorang pensyarah di Unikl) yang mengenalkannya. Beliau peminat tegar Aerosmith. Album ini dan album Pump (1989) adalah antara yang beliau putarkan hari-hari.
Dari sekadar tahu lagu mereka yang sedang popular di radio dan MTV pada ketika itu ("Love in an elavator" dan "Janie's Got A Gun") jadi tahu pula akan lagu-lagu dari Permanent Vacation seperti "Rag Dog", "Dude (Looks Like A Lady") dan "Angel".
Seperti biasa, bila sesuatu lagu itu anda dengar berulang-ulang kali walaupun asalnya kurang berminat, lama-lama akan jadi minat juga. Tambahan pula bila lagu-lagunya mempunyai melodi yang sedap dah mudah menangkap. Contohnya lagu "Simoriah". Bukanlah lagu popular mereka. Tapi sedap pula bila didengar berulang kali.
Saya tidak biasa dengan era 70an mereka, tetapi jika anda tanya era penghujung 80an dan awal 90an untuk rujukan, sudah pasti cadangan saya adalah Permanent Vacation, Pump dan Get A Grip. Ini 3 album memang sedap.
Dan iyer...saya menyampah dengan "I Dont Want To Miss A Thing". Pada yang suka...Maaf!