Quantcast
Channel: BERTEROMBER
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1175

Once Upon A...

$
0
0
20hb May yang lalu...maka genaplah 20 tahun album ini di edarkan.


Cinderella - Once Upon A... (1997)

Tidak dinafikan Cinderella adalah sebuah band yang pernah mewarnai  zaman remaja saya. Lagu lagu mereka menjadi sebahagian dari soundtrack kehidupan di zaman sekolah. Pernah juga di denda guru kerana menconteng meja dengan logo mereka.

Once Upon A... adalah album kompilasi lagu-lagu terbaik/popular mereka dari era Night Songs (1986) hinggalah ke album Still Climbing (1994). Ada juga dimuatkan lagu bonus termasuk lagu cover dari Janis Joplin.


Seperti biasa album kompilasi sebegini sememangnya sesuai untuk mereka yang baru nak kenal dan juga casual listener. Semua lagu popular ada. Tetapi untuk peminat seperti saya mungkin untuk lagu lagu bonusnya.

Tetapi kalau di beri pilihan, untuk saya mungkin lebih banyak lagu dari album Night Songs dan Still Climbing yang akan di pilih. Kerana pada saya 2 album ini lebih di sukai kerana ianya lebih hard rock berbanding Long Cold Winter dan Heartbreak Station yang lebih ke arah blues.


Kekurangan paling nyata bagi saya untuk kompilasi ini adalah kerana tiadanya lagu "Night Songs". Ini lagu kegemaran saya. Mungkin lagu "Dalam kehadiran Sofiah" versi orang putih, "Long Cold Winter"juga sepatutnya masuk dalam list.

Sayang kumpulan ini tidak kekal lama. Saya masih mencari cd "Live At The Key Club" yang pada saya membuktikan betapa bagusnya Tom Keifer dan rakan-rakannya ketika beraksi secara langsung di atas pentas.

Terbaik!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1175

Trending Articles