Yang dah 20 tahun pada 3hb Jun yang lalu...
Bruce Dickinson - Accident of Birth (1997)
Entri ini sepatutnya di"post"kan pada 4 hari yang lalu. Tetapi disebabkan tuan punya blog berada di luar kawasan, dan malas pula untuk menaip menggunakan handphone, maka ianya tersangkut dalam draf.
Secara ringkasnya ada 2 sebab utama kenapa album ini sangat menarik terutamanya jika anda peminat Iron Maiden.
Pertama, Bruce Dickinson kembali ke genre metal selepas gagal dalam percubaan beliau bereksperimen dengan projek alternatifnya, Skunkworks. Ianya tidak diterima peminat dan akhirnya beliau akur untuk kembali ke pangkal jalan. Dan ianya sememangnya jalan yang terbaik.
Kedua, Kembalinya beliau bersama Andrian Smith. Kali terakhir mereka bersama adalah ketika album "Seventh Son of a Seventh Son" pada tahun 1989. Asalnya sekadar gitaris jemputan untuk beberapa lagu tetapi akhirnya beliau terlibat dalam kesemua lagu. Malah beliau juga mencipta 2 buah lagu. Kombinasi ciptaan Smith/Dickinson ini sememangya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat Iron Maiden.
2 sebab tersebut ditambah pula dengan faktor kembalinya Roy Z Selepas "Balls to Picasso", menjadikannya sebuah hasil yang terbaik. Walaupun sound gitar H sedikit berbeza, tetapi kalau tambah "galloping" bass lines ala Steve Harris, memang ada bunyi macam Iron Maiden terutamanya zaman ketika "Brave New World" dan ke atas. Tambah pula gaya rock n roll Roy Z ada ala-ala macam Janick Gers.
"Accident of Birth" dan 2 album solo beliau berikutnya adalah hasil kerja terbaik beliau ketika di luar Iron Maiden. Memang best!
Untuk membaca cerita tentangnya dari blog Apa Ada Dengan Ijau, sili klik >SINI<.